Friday, April 9, 2010

KIAMAT!!!!!!!

Salam
(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"



Adakah KIAMAT sudah hampir????

Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."

Thursday, December 10, 2009

Selamat Hari Lahir!!!!!

semalam tanggal 09 DISEMBER 2009 genap la umur aku mencapai 21 thn...
thn depan dah boleh g mengundi nie...
time kasih la kawan2 yang wish aku sama ada antar msg. facebook n cakap mulut...
kat sini aku nak citer kan kejadian yang berlaku semasa ari jadi aku...
pada waktu pagi sampai ptg x de benda menarik coz waktu bekerja daaa....
sumer nie bermula lepas isyak....

mula2 kita org g solat isyak la....
then ada la 3-4 org mmbr aku g book tiket wayang kat cs...
sblm isyak dah g....

kita org tngk wayang STORMWARRIOR... boleh tahan boring gak la citer nie...
sblm tngk wayang kitaorg makan kat BANAFEE restoran kot... mmbr aku yang bawak... ada la abis duit seminggu makan... pas makan tngk wayang n pas2 kita org makan lagi kat Stulang... tapi nasib baik ada sorg mmbr aku nie baik ati blanjer sumer mmbr makan.. dalam sekitar Rm40 hinggit la jgk,.. then balik la ke UTM untuk memulakan ari esok seperti biasa.. nie aku tunjuk bbrp pic masa kita org kuar....


masa makanan baru sampai.....

wira ngan sham!!!

pergh... aku nyer makanan seminggu nyer bajet makanan!!!!!
mak,, mntk masuk duit boleh....


roomate aku... dia mmg ensem hahaha...


lepas tngk wayang.. menunggu turun lif...

jngn kita sokong yang ini ok.... kita harus b*^$%#..

makan di stulang... org blanjer maa....

resit makan kat BAnafee td... dan masih menuggu makanan di Stulang... haha...
7 org makan kat Banafee adalah dalam ratus2...

org yang blanjer aku n kawan2 di Stulang....
MOHAMMAD HARWIRA ZAKI YAMANI BIN BASIR

Monday, November 30, 2009

x de otak!!!!


nie aku nak citer pasal kejadian sebelom raya korban ari 2...
masa nie aku ngah nak antar awek aku balik umah dia selepas puas keluar bersama,,, adik awek aku pon ada... masa aku ngah bawak kete kat lebuhraya AMJ ada la kete depan aku nie yang tengah berhenti sebab traffic light merah...
dalam tengah berhenti 2 dia bukak pintu kete dia... aku ingat pintu x kuat ker... ada barang jatuh ker... tapi mamat bengong nie boleh plak letak plastik snicker dia kat atas jalanraya.... macam la dia ingat jalanraya kat malaysia dia sorg jer bayar cukai... di sini aku sertakan bukti plastik sampah n no plat kete mamat 2 sekali...
kolau mamat 2 terbaca blog nie... ingat la sikit.. ko 2 org malaysia... kalau ko buat perangai macam nie... macam maner warga asing nak hormat kita...
kalau korang ada jumpa tegur2 dia sikit.... wat malu orang malaysia jer...
korang pikir la sendiri...



Kem D'Agroloka


salam.. lama bebenor aku x bukak blog nie...maklum ler... bz sikit... nie aku nak citer cikit pasal satu kem yang aku g untuk pembentukan jawatankuasa kolej aku...
kem nie agak best... kat sini aku sertakan beberapa kemudahan yang terdapat kat kem nie.... korang tengok ler...


lepas nie aku post plak pasal aktiviti aku kat sana ok...
kalau korang ada berhajat nak wat aper2 progran boleh ler korang g sini...


nie tapak berkumpul...

dewan D'agroloka



tandas nak mandi..

surau...

bilik tidur...

n tempat aku mandi air bukit.... bapak best....

Monday, October 26, 2009

exam nak mula dah!!!!!

salam... tinggal lagi sehari jer lagi sebelum exam bermula... study week dah abis dah... kawan2 kat ktgb dah post mcm2 yang diorg wat masa study week... budak kp ngan ktgb sama jer perangai... nie la yang mmbr2 n aku wat biler final dah sampai kemuncak nyer... baru nak bukak buku,,, haha...


epy yang tngh cari bahan pasal KBKK...
x per,, note dia nnt aku gak yang tiru... Roomate terbaik!!!



ni plak gambr bdk smv gak..sham nama diberi... tapi dia bilik sebelah ler... dia pon ngah cari bahan untuk kbkk... poning gak la nak cari coz bahan x bnyk... dia tepok kepala sebab pening bnyk sngt nak di baca!!!!!!
(p/s : sham wat la nota kbkk.. aku nak tiru..)

nie gmbar last...




confirm la gmbr aku yang wat2 study... padahal x wat paper pon... tgg budak 2 org tadi wat nota n aku photostat jer... haha...


KEPADA SUMER WARGA 3SMV.... SELAMAT UJIAN FINAL SEM 5.. ALL DA BEST!!!!

Friday, October 23, 2009

pikir ler???

nia ada 1 gmbr menarik.... terbaik la gmbr nie,.. bukan aku yang ambik pon... tapi roomate aku...
ko tngk ler gambar nie k...



macam wat adobe photosope jek!!! tapi nie mmg ambik pakai sony k800 aku jer.... haha... be creative with what u have k..

Thursday, October 22, 2009

konvokesyen

salam... haha.. lama x update sbb tenet tmpt aku bengong.... so aku nak citer yang ari senin pada19/10 ari tu aku g uitm shah alam sempena konvokesyen awek aku... AWEK lagi.... jngn marah ea... x taw la nak letak aper..
so aku g ler uitm shah alam menaiki bas gagap (kkkl).... tp aku dah silap beli tiket bas... ada ker patut aku beli g kl... nak wat mcm maner... aku bukan selalu g kl @ shah alam... so aku sertakan beberapa gambar dia masa konvokesyen 2 yer....
nie gambar dia ngan family dia lepas abis jer penyampaian aper ntah kat dalam dewan 2...



nie plak gambar aku ngan family dia... dah jumpa abah dia kot... tapi nasib baik mak ngan bapak dia cool jek... aku rasa la mak bapak dia merestui perhubungan aku ngan dia kot...



last sekali gambar aku ngan dia... n untuk pengetahuan umum... bear yang besar 2 aku yang beli.... yang kecik 2 adik dia yang beli... jeles gak adik dia aku bagi akak dia bear pooh yang besar,... hahaha..